Selamat Datang / Welcome
Kuala Kubu Bharu.
Bukan tempatku dilahirkan, tetapi tempatku membesar;
Menarik, Indah & Bersejarah.
Saturday, 19 May 2012
Nukilan perdana.
Inilah kali pertama aku menulis di alam maya berkenaan tempat aku dibesarkan. Keindahan panorama, keunikan kejadian alam serta alunan suara mergastua sememangnya menjadikan Kuala Kubu Bharu sebagai tempat untuk mengenali alam serta kejadian Sang Pencipta.
Sekian lamanya hampir 3 dekad aku mengenali Kuala Kubu Bharu, hakikatnya banyak yang ingin aku nukilkan agar menjadi rekod di alam maya. Selagi ada peredaran bulan dan bintang, selagi ada sistem rangkaian maya, selagi itulah harapanku terhadapnya.
Barangkali juga terlalu banyak yang hendak aku luahkan mengenai pandanganku, cita-citaku serta harapanku tentang Kuala Kubu yang selama ini hanya mampu aku kongsikan dengan beberapa individu sahaja.
KKB, masa untuk berbakti padamu telah tiba!
Labels: Pengenalan
Sekapur Sireh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment