Selamat Datang / Welcome

Kuala Kubu Bharu.
Bukan tempatku dilahirkan, tetapi tempatku membesar;
Menarik, Indah & Bersejarah.

Friday, 13 July 2012

Taman Millenium, KKB


Bandar Ceria, Rakyat Sejahtera Sesekali berpeluang melakukan riadah seperti jogging, berlari mahupun sekadar berjalan, KKB menawarkan banyak tempat-tempat menarik, selamat dan ceria. Antara kawasan pilihan utama adalah Taman Millenium.


Bersih, Lengkap & Membanggakan!



Terletak dibelakang Darul Quran dan berjiran dengan Kem Bina Semangat, Yayasan Selangor; MRSM KKB dan IKBN Peretak. Sebuah taman indah beserta sebuah mini stadium serta kelengkapan riadah kelas pertama.

Manara Tinjau yang memberikan satu perspektif menarik untuk yang berminat.

Berlatarbelakangkan Masjid Darul Quran. Tenang dan Mendamaikan Jiwa.

Antara kelengkapan tersedia



Antara pantang larangnya. Arahan YDP MDHS
Lagi pantang larangnya. Maklumlah untuk mendisiplinkan manusia.
Seperti papyrus di Sungai Nil :)





Tapak Perkelahan.

Kenapa Tempua bersarang rendah?




Selain sebagai pusat riadah, Taman Millenium, Ampang Pecah, KKB juga menyediakan tempat untuk berkelah, menjamu selera, berkhemah dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan, lanskap dan keindahan alamnya sememangnya memukau. Kalau tak percaya cubalah berjogging diwaktu pagi, Suasanya amat damai dengan tiupan angin yang amat menyegarkan. Bayangkan bayu dari Bukit Fraser! Badan sihat, peparu menikmati udara segar.
Mini stadium, melahirkan jagoan tempatan, Viva KKB!!

Sebuah pekan kecil yang berjiwa besar!!!
Sememangnya peralatan disediakan amat menarik dan kelas pertama
Disediakan sebuah taman permainan untuk kanak-kanak sahaja. 
saksikan sahaja koleksi foto pemandangan sekitar Taman Millenium. Sebaiknya datanglah sendiri menikmati keindahan alam dengan adunan pembangunan yang seimbang.
Tapak Perkhemahan. Dimana ahli pengakap?
Meja menjamu selera disediakan sambil anak-anak bermain.

Saturday, 19 May 2012

Nukilan perdana. Inilah kali pertama aku menulis di alam maya berkenaan tempat aku dibesarkan. Keindahan panorama, keunikan kejadian alam serta alunan suara mergastua sememangnya menjadikan Kuala Kubu Bharu sebagai tempat untuk mengenali alam serta kejadian Sang Pencipta. Sekian lamanya hampir 3 dekad aku mengenali Kuala Kubu Bharu, hakikatnya banyak yang ingin aku nukilkan agar menjadi rekod di alam maya. Selagi ada peredaran bulan dan bintang, selagi ada sistem rangkaian maya, selagi itulah harapanku terhadapnya. Barangkali juga terlalu banyak yang hendak aku luahkan mengenai pandanganku, cita-citaku serta harapanku tentang Kuala Kubu yang selama ini hanya mampu aku kongsikan dengan beberapa individu sahaja. KKB, masa untuk berbakti padamu telah tiba!